Sabtu, 23 April 2016

Zikir


Ladap iKelas














Kem Membaca 1 Malaysia














Mantan Guru Besar SK Kampung Nail

En. Che Deraman bin Mamat
( 2013 - 2015 )
  
En. Suhaimi bin Che Long
( 2012 )

Hj. Rosli bin Abdul Ghani
( 2000 - 2011 )

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kampung Nail telah di buka pada 1 April 2000. Keramaian murid pada masa itu seramai 350 orang.
Pemilihan nama sekolah ini adalah berdasarkan nama kampung tempat sekolah ini di bina iaitu  Kampung Nail.

Pemilihan murid ke sekolah ini pada masa itu diambil kira dari segi alamat kediaman tetap mereka yang berhampiran dengan sekolah ini. Oleh yang demikian seramai 200 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kuala Besut dan 150 orang pula dari Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II. Guru-guru pula diambil dari kedua-dua sekolah tersebut.
           
Memandangkan segala kelengkapan dan kemudahan alat pengajaran dan pembelajaran masih kurang pada masa itu maka murid-murid dan guru-guru sekolah ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II selama 4 bulan dari ianya dibuka.
           
Pada tahun 2001 enrolmen murid telah meningkat dari 350 orang kepada 442 orang murid semuanya. Enrolmen murid bagi tahun-tahun berikutnya adalah lebih kurang setara sahaja. Pada tahun 2014 jumlah murid yang berdaftar di sekolah ini adalah seramai 423 orang.

Guru Besar yang pertama bagi sekolah ini ialah Tuan Haji Rosli Bin Abdul Ghani (Tahun 2000 – 2011), seterusnya sekolah ini ditadbir oleh Encik Suhaimi bin Long (Tahun 2012) dan selepas itu ditadbir oleh Encik Che Deraman bin Mamat (2012 – 2015).
Banyak perubahan dan pembaharuan yang dibuat bagi memastikan peningkatan pencapaian akademik dan ko-kurikulum bagi manfaat pelajar serta komuniti setempat.


logo sekolah




MOTO DAN LENCANA SEKOLAH



v KREATIF                  :         Berdaya Cipta

v INOVATIF                :         Membawa Pembaharuan

v PROGRESIF              :         Berhaluan Untuk Mencapai Kemajuan




Bentuk :
v Berlian
      -Mempunyai nilai yang tinggi

v Obor
-Semangat untuk berlumba-lumba bagi mencapai kejayaan  
  dalam segala aspek berteraskan Pendidikan Negara.

v Buku
-Melambangkan tempat terbuka untuk menimpa
  ilmu sepanjang hayat.

Warna :
v Biru
-Melambangkan masyarakat setempat yang harmonis
  serta berkerjasama.

v Kuning
-Melambangkan perlembagaan dan rukun Negara.

v Hitam dan keemasan
-Melambangkan keutuhan dan kegemilangan sekolah.