Sabtu, 25 Jun 2016

26 Jun 2016_IKELAS

Kelebihan i-Kelas

i-Kelas merupakan:
a. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan kemajuan ICT.
b. Tidak bergantung kepada kesediaan Internet di sekolah.
c. Proses pembelajaran secara multimedia iaitu text, video, gambar serta audio.

2.    i-Kelas akan melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran-kemahiran:
i.   Kolaboratif
ii.  Komunikasi
iii. Pembinaan ilmu Penggunaan ICT terkini
iv.  Inovasi dan menyelesai masalah
v.  Tapis kendiri

3. Faedah i-Kelas kepada sekolah, guru dan murid
1.    Kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan kemajuan ICT
2.    Tidak bergantung kepada kesediaan Internet di sekolah.
3.    Proses pembelajaran secara multimedia iaitu text, video, gambar serta audio.
4.    Sekolah mempunyai infrastruktur ICT terkini yang akan menjadikan     pembelajaran lebih dinamik.

5.    i-Kelas mempunyai peralatan asas yang dibekalkan:       
i.  Projektor Interaktif.
ii. Komputer guru.
iii.Komputer tablet murid.
iv. Akses Wi-fi (Router).
v.  Classroom Management System.
vi. Sekolah dibekalkan bahan pembelajaran digital.

NAMA SEKOLAH i-KELAS
1. SK BUKIT JEJULUNG MARANG
2. SK LEMBAH JAYA SETIU
3. SK SUNGAI LEREK SETIU
4. SK JERANGAU DUNGUN
5. MADRASAH MODEN BATU RAKIT KUALA TERENGGANU
6. SK TOK JEMBAL  SEBERANG TAKIR KUALA TERENGGANU
7. SK KERANDANG  JABI BESUT
8. SK PADANG LUAS JERTEH BESUT
9. SK ALOR KELADI  HULU BESUT BESUT
10 SK KAMPUNG NAIL KUALA BESUT BESUT
11 SK AMER KAMPUNG RAJA BESUT
12 SK SERI BULOH KUALA BERANG HULU TERENGGANU
13 SK TOK RANDOK AJIL HULU TERENGGANU
14 SK LANGGAR KUALA TELEMONG HULU TERENGGANU
15 SK IBOK KIJAL KEMAMAN
16 SK KG CHABANG KEMASEK KEMAMAN
17 SK SERI JAYA AIR PUTIH KEMAMAN ​


Ahad, 19 Jun 2016

FROG VLE PdP UNTUK SUBJEK SAINS

IKELAS SK KAMPUNG NAIL

PERMATA PINTAR

FROG VLE SEMASA PROSES PdP_SAINS

Monday, 20 Jun 2016




 i-Kelas adalah nama baharu bagi kelas maya yang telah diubahsuai dengan teknologi yang lebih baik. Untuk fasa pertama,bagi tahun 2015, Top IT akan menyediakan satu set Smartboard yang lengkap untuk dua buah sekolah rendah di setiap DUN, iaitu sebanyak 64 buah sekolah. Secara keseluruhannya, sebanyak 356 buah sekolah rendah akan dibekalkan dengan Projek i-Kelas secara berperingkat dalam masa empat tahun. Latihan akan diberi kepada semua guru sekolah rendah mengenai kemahiran PdP menggunakan i-Kelas. Bilangan guru sekolah rendah yang akan dilatih adalah seramai 23 ribu orang. Pembangunan bahan PdP dalam bentuk multimedia akan dipertanggungjawabkan kepada kumpulan guru pakar subjek bersama EIO. Bahan tersebut disediakan untuk semua subjek sekolah rendah tahap 2. Semua bahan akan disimpan dalam server sekolah berpusat dan diuruskan oleh Unit Pengurusan Maklumat Negeri (UPMN). Untuk makluman, i-Kelas ialah satu bilik darjah biasa sekolah rendah yang dilengkapi dengan satu set elektronik board, projektor, perisian Smart Sync, router dan diintegrasi dengan 35 buah komputer atau komputer riba. Projek i-Kelas dapat memberi peluang kepada pelajar dan guru untuk menjalankan aktiviti PdP secara interaktif, inovatif dan berupaya menggunakan maklumat daripada internet. Segala kelebihan yang ada pada i-Kelas dapat mendorong guru dan murid meneroka alam maya secara berkumpulan, berdisiplin, terkawal dan berpandu. Penggunaan i-Kelas akan memartabatkan lagi aktiviti PdP di sekolah seperti amalan di negara maju. Kemudahan ini kaan menjadikan pengajaran lebih integratif, inovatif dan interakif.